News

citefactor-journal-indexing

PEMAKAIAN ISLAM DAN ADAT MELAYU DALAM SISTEM TORRENS DI MALAYSIA

Undang-undang Tanah di Malaysia adalah berasaskan kepada Sistem Torrens yang diperkenalkan oleh British semasa penjajahan mereka ke atas Tanah Melayu. Undang-undang ini dilaksanakan di negara kita melalui penguatkuasaan Kanun Tanah Negara 1965.Sebelum penjajahan British, negeri-negeri di Tanah Melayu pada hakikatnya sudah memiliki sistem perundangan mereka sendiri berasaskan undangundang Islam dan adat Melayu. Namun, penjajahan British ke atas Tanah Melayu memberi impak yang besar apabila pentadbiran tanah berasaskan undang-undang Islam dan adat Melayu dihapuskan dan digantikan dengan Sistem Torrens. Timbul persoalan sama ada undang-undang tanah Islam dan adat Melayu telah dihapuskan secara total atau pun masih ada ruang kepada pemakaiannya. Kertas kerja ini akan membincangkan kajian terhadap pemakaian undang-undang Islam dan adat Melayu yang masih wujud dalam undang-undang tanah yang menggunakan prinsip Torrens di Malaysia. Kaedah yang digunakan adalah kajian kepustakaan dan analisis dokumen. Analisis mendapati undang-undang Islam dan adat Melayu diiktiraf dan dipakai hanya dalam hal-hal tertentu sahaja. Bidang kuasa eksklusif yang telah diberikan kepada mahkamah Syariah melalui pindaan undang-undang juga telah memberi ruang kepada pemakaian undang-undang Islam dan adat Melayu dalam pentadbiran tanah di Malaysia.



Real Time Impact Factor: Pending

Author Name:

URL: View PDF

Keywords: Kanun Tanah Negara 1965, Undang-undang tanah, Islam, Adat Melayu, Sistem Torrens

ISSN: 0218-116X

EISSN: 2550-1992


EOI/DOI:


Add Citation Views: 1














Search


Advance Search

Get Eoi for your journal/conference/thesis paper.

Note: Get EOI for Journal/Conference/ Thesis paper.
(contact: eoi@citefactor.org).

citefactor-paper-indexing

Share With Us












Directory Indexing of International Research Journals