Islam adalah agama dakwah. Setiap orang daripada penganutnya diperintahkan
untuk menyampaikan ajarannya. Namun begitu, kesilapan langkah dan metode yang
digunakan dalam menyampaikan Islam boleh membawa kepada tidak berminatnya
mad’u atau terbinanya benteng pemisah di antara mad’u dan Islam. Maka, ilmu
Makki dan Madani, salah satu cabang ilmu dalam Ulum al-Quran merupakan salah
satu ilmu yang amat sesuai dipelajari oleh pendakwah-pendakwah dalam memahami
metode dakwah. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini ialah berbentuk
kualitatif. Hasil kajian mendapati bahawa wujudnya perbezaan metode dakwah di
antara Makki dan Madani yang amat sesuai diteliti dan dihadami dengan sebaiknya
oleh para pendakwah agar gerak kerja dakwah mereka berjaya memberikan impak
yang cukup mendalam kepada hati-hati mad’u.
Real Time Impact Factor:
Pending
Author Name: Abdul Mukti Bin Baharudin; Hajah Makiah Tussaripah Binti Jamil
URL: View PDF
Keywords: Metode, Makki, Madani, Pendakwah, Dakwah
ISSN: 0218-116X
EISSN: 2550-1992
EOI/DOI:
Add Citation
Views: 1