News

citefactor-journal-indexing

PERBANDINGAN KONSEP MESSIAH MENURUT PERSPEKTIF ISLAM DAN KRISTIAN

Messiah merupakan istilah berbahasa Ibrani (Mah-she-akh) yang wujud dalam kepercayaan dan keagamaan pada hari ini. Dalam Bahasa Arab atau agama Islam, Messiah disebut sebagai al-Masih, manakala istilah Christ pula digunakan untuk umat Kristian dalam Bahasa Inggeris. Messiah merupakan watak penting bagi Islam, Kristian dan Yahudi. Ketiga-tiga agama ini memiliki doktrin tentang Messiah dengan konsep berlainan. Agama Islam menyakini dan mengimani bahawa Nabi Isa AS merupakan Messiah yang dimaksudkan berdasarkan hadith Nabi Muhammad SAW dan al-Quran yang diturunkan kepada baginda. Agama Kristian pula percaya bahawa Nabi Isa AS yang dikenali sebagai Jesus adalah Messiah atau Christ berdasarkan Bible pegangan mereka. Wujud kesalahfahaman tentang Messiah yang dimaksudkan Islam dan Kristian dari aspek akidah. Perbandingan antara Islam dan Kristian pula dipilih kerana Islam percaya Kristian merupakan ajaran Nabi Isa AS yang diubah. Oleh itu, kajian ini akan membentangkan tentang konsep Messiah menurut pegangan dan pandangan Islam dan Kristian. Beberapa konsep akidah Islam tentang al-Masih dan doktrin Kristian tentang Christ akan diterangkan dan dibuat perbandingan seperti definisi, riwayat hidup, tujuan pengutusan, kebangkitan semula, dan pandangan kedua-dua agama terhadap Messiah masing-masing. Metod kajian pula adalah berbentuk kualitatif, iaitu kajian kepustakaan dan analisis kepada penulisanpenulisan terdahulu. Kajian mendapati bahawa Islam dan Kristian berkongsi Messiah yang sama namun konsep dan doktrin yang berkaitan dengan Messiah tersebut sangat berbeza.



Real Time Impact Factor: Pending

Author Name:

URL: View PDF

Keywords: Perbandingan Agama, Islam, Kristian Messiah, Al-Masih, Kristus

ISSN: 0218-116X

EISSN: 2550-1992


EOI/DOI:


Add Citation Views: 1














Search


Advance Search

Get Eoi for your journal/conference/thesis paper.

Note: Get EOI for Journal/Conference/ Thesis paper.
(contact: eoi@citefactor.org).

citefactor-paper-indexing

Share With Us












Directory Indexing of International Research Journals