News

citefactor-journal-indexing

PERANAN NGO ISLAM DALAM MENANGANI AGENDA FEMINISME DI MALAYSIA

Kajian ini bertujuan meninjau peranan Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (Wanita Isma), sebuah NGO Islam yang terlibat secara langsung dalam usaha menolak agenda feminisme di Malaysia. Gerakan feminisme merupakan antara agenda musuh bertujuan untuk merosakkan keperibadian dan jati diri wanita muslimah. Ia datang dalam bentuk serangan pemikiran, seruan kebebasan, kesamarataan gender dan kemanusiaan. Slogan ini berjaya menipu dan mengaburkan mata wanita muslimah sehingga dilihat benar dan nyata seumpama fatamorgana. Kajian ini menggunakan pendekatan kajian tindakan sebagai metodologi dengan menggunakan Model Kajian Tindakan Kemmis & McTaggart. Kajian ini dilakukan berdasarkan empat langkah tindakan iaitu mereflek, merancang, bertindak dan memerhati. Dapatan menunjukkan penolakan ini ditonjolkan melalui Kempen Selamatkan Ummah (KSU), Kempen Tolak Comango, Kempen Muliamu Wanita Kerana Islam, Usrah Wanita , Fiqh Wanita serta melalui seminar dan konvensyen yang diadakan dari semasa ke semasa. Usaha penolakan juga diketengahkan melalui penulisan buku dan kenyataan balas terhadap golongan feminist dalam laman web wanita ISMA, laman buka buku, media ISMAweb serta media liberal seperti MalaysiaKini, Malaysia Insider dan lain-lain. Usaha yang dilakukan ini bagi memberikan kesedaran kepada masyarakat Islam di Malaysia agar semakin peka dan sensitif bagi sama-sama mempertahankan jatidiri dan keperibadian wanita muslimah daripada terpengaruh dengan agenda golongan feminis.



Real Time Impact Factor: Pending

Author Name:

URL: View PDF

Keywords: ISMA, kesamarataan, Agenda, kebebasan, feminisme, kempen

ISSN: 0218-116X

EISSN: 2550-1992


EOI/DOI:


Add Citation Views: 1














Search


Advance Search

Get Eoi for your journal/conference/thesis paper.

Note: Get EOI for Journal/Conference/ Thesis paper.
(contact: eoi@citefactor.org).

citefactor-paper-indexing

Share With Us












Directory Indexing of International Research Journals